top of page

MATLAMAT

  • Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.

  • Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.

OBJEKTIF

  • Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.

  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

TIGA ELEMEN PROGRAM NILAM
Rekod Membaca
Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.

Pengesahan Pembacaan
Guru mengesahkan rekod bacaan murid.

Pengiktirafan
Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.

 

PELAKSANAAN

Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu tahap jauhari dan tahap rakan pembaca.

TAHAP JAUHARI

Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
Menggunakan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

TAHAP RAKAN PEMBACA

Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.

PENGIKTIRAFAN TAHAP JAUHARI

       Jumlah Bacaan                      Pengiktirafan

       72-143 buah                               Gangsa

    144-215 buah                              Perak

    216- 287 buah                             Emas

        288 ke atas                               NILAM

 

PENGIKTIRAFAN TAHAP RAKAN PEMBACA

          Markah                                    Pengiktirafan

    100-199                                        Gangsa

200-299                                        Perak

300-399                                        Emas

400 ke atas                                   NILAM

Tokoh NILAM Kategori Guru SAS

Tokoh NILAM Kategori Guru SAS

Tokoh NILAM Kategori Pelajar SAS

Tokoh NILAM Kategori Pelajar SAS

PENAFIAN: Pihak Pusat Sumber Sekolah Sultan Alam Shah tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kehilangan data semasa mendapatkan maklumat di laman web ini.

PAPARAN TERBAIK: Laman web ini sesuai dipapar mengunakan pelayar Mozilla Firefox 3, Google Chrome atau IE7 dengan resolusi 1024 x 768

Tarikh Kemaskini: 28-06-2016

bottom of page