Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya
- pusatsumbersas
- Apr 26, 2016
- 1 min read
Program ini bertujuan mendorong para pelajar membaca di mulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 minit pada hari tersebut (25 April 2016) sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan. Program ini juga diadakan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut setiap tahun pada 23 April dan ia juga diiktiraf oleh UNESCO.
Objektif program ini adalah memberi kesedaran dan peningkatan membaca dalam kalangan para pelajar dan warga SAS. Selain itu, memberi pendedahan kepada warga SAS tentang wujudnya hari untuk buku (World Book Day) dan hak cipta yang diiktiraf oleh UNESCO.
Program membaca dimulakan serentak pada jam 11.00 pagi sehingga 11:10 pagi. Setiap kelas akan diberikan 6 keping bahan bacaan mengikut warna yang telah disediakan oleh Pusat Sumber SAS. Setiap warna berbeza dari segi isu dan ilmu pengetahuan semasa. Selama 10 minit, para pelajar digalakkan bertukar-tukar bahan bacaan.
Comments